Banjir
Salam Sejahtera,
Air yang bertakung ini kadang kala menyebabkan jalan yang berlopak ditutupi dengan air yang tidak kelihatan oleh pengguna-pengguna jalan raya. Akibatnya boleh menyebabkan kemalangan berlaku. Sebagai persediaan untuk menghadapi banjir, sebaik-baiknya pihak Jabatan Parit dan Saliran bersama penduduk kampung memastikan keadaan saliran tidak tersumbat dengan sampah dan kawasan sungai ditumbuhi dengan rumput rampai. Kekadang saya kagum dengan usaha ketua kampung di Olak Lempit, Banting tidak jauh dari tempat saya bekerja di mana dengan usaha sendiri, ketua kampung menyewa jentera untuk melebar dan mendalamkan sungai serta mengeluarkan sisa-sisa sampah supaya laluan air berjalan dengan lancar. Pembinaan ban juga dapat menghalang air sungai melimpah ke dataran yang menyebabkan banjir.
Pada 6 hb. Disember yang lepas, berpeluang ke Rantau Abang dalam Parlimen Dungun atas urusan membantu sahabat membina Baitul Muslim. Bertolak dari Seremban jam 6 petang dan sepanjang perjalanan melalui Tampin, Gemencheh, Felda Pasir Besar dan seterusnya melalui Bandar Muadzam Shah, cuaca dalam keadaan baik sehinggalah sampai di Kemaman, hujan mencurah-curah sehinggalah sampai di rumah kawan yang dituju Kg. Pusara, Rantau Abang sekitar 1.30 pagi.
Dari pagi tu sehinggalah sampai nak balik pada petang hari iaitu 3.30 petang, hujan tak berhenti-henti dan kekadang sangat lebat. Terpaksalah mengharung banjir sedalam sekaki, takut-takut kereta terkandas di lopak air. Dalam perjalanan balik, sampai di Gambang barulah hujan berhenti. Dari pemerhatian saya, kawasan Dungun adalah merupakan kawasan yang paling teruk dilanda banjir berbanding kawasan-kawasan yang lain. Keadaan permukaan bumi yang berhampiran dengan pantai mempunyai kawasan-kawasan paya dan takungan air yang tidak berupaya menampung air semasa banjir. Dengan sistem perparitan yang tidak dijaga dengan baik di mana parit-parit tidak didalamkan dan tiada pembinaan ban menyebabkan air yang sepatutnya disalirkan melalui sistem perparitan melimpah ke kawasan dataran yang rendah. Dataran yang rendah ini yang tidak mempunyai saliran air keluar akan menyebabkan air terperangkap dan bertakung.
Air yang bertakung ini kadang kala menyebabkan jalan yang berlopak ditutupi dengan air yang tidak kelihatan oleh pengguna-pengguna jalan raya. Akibatnya boleh menyebabkan kemalangan berlaku. Sebagai persediaan untuk menghadapi banjir, sebaik-baiknya pihak Jabatan Parit dan Saliran bersama penduduk kampung memastikan keadaan saliran tidak tersumbat dengan sampah dan kawasan sungai ditumbuhi dengan rumput rampai. Kekadang saya kagum dengan usaha ketua kampung di Olak Lempit, Banting tidak jauh dari tempat saya bekerja di mana dengan usaha sendiri, ketua kampung menyewa jentera untuk melebar dan mendalamkan sungai serta mengeluarkan sisa-sisa sampah supaya laluan air berjalan dengan lancar. Pembinaan ban juga dapat menghalang air sungai melimpah ke dataran yang menyebabkan banjir.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home