Wednesday, December 3, 2008

Air.....Oh...........Air

Salam Sejahtera,

Pagi tadi dalam perjalanan nak ke pejabat, melalui jalan Kg. Gadong, Labu. Apabila melalui jalan sebelum sampai ke simpang Tmn. Gadong, nampak kawasan sekitar digenangi air dan dah jadi macam banjir sebab mungkin parit tersumbat. Nak kata hujan, jalan kering. Kat satu sudut simpang ke Kg. Gadong, nampak air melimpah dari saluran paip yang sudah pecah dalam tanah. Tak ada pun sesiapa yang peduli. JBA pun belum sampai untuk membetulkan paip tersebut. Kalau dari anggaran kasar, rasanya paip tu dah lama pecah sebab seluruh kawasan dah macam banjir.
Dua hari kejadian yang sama berlaku di Salak Tinggi.
Pengalaman sendiri apabila melaporkan kepada JBA apabila berlaku paip pecah di taman tempat saya menginap. JBA tanya isteri saya kenapa saya yang sibuk melaporkan kepada JBA sedangkan jiran tempat berlaku kebocoran tidak pun sibuk-sibuk. JBA ni pun satu, jiran tu pekerja Indon, manalah mereka risau pasal air ni. Tapi yang peliknya tempat yang bocor ni dah lima kali dibaiki.
Itulah sebabnya 'Non Water Revenue' (kehilangan air) di Negeri Sembilan antara yang tertinggi iaitu sekitar 40%.
Tiada satu usaha dilakukan untuk mencari punca kehilangan air di Negeri Sembilan seperti di Selangor. Di Selangor, SYABAS telah menubuhkan jabatan NRW ini untuk menangani masalah kehilangan air ini.
Di Negeri Sembilan, apa yang dilakukan oleh kerajaan, menaikkan 'charge' air yang akan membebankan rakyat. Sebagai pengguna, kita mengharapkan satu langkah yang lebih drastik dilakukan oleh JBA untuk menangani masalah ini. Mungkin nak bagi hadiah kepada pengguna-pengguna yang melaporkan kebocoran air ini supaya langkah yang pantas dapat dikesan dan bertindak.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home