Monday, December 8, 2008

Tanah Runtuh dan Pengondolan Bukit







Salam Sejahtera,

Baru-baru ni balik ke kampung isteri di Mantin, Negeri Sembilan, untuk menyambut Aidil Adha. Dulu sepanjang perjalanan ke Mantin redup disebabkan pemandangan sekeliling yang menghijau oleh hutan simpan Mantin. Sekarang, pemandangan sepanjang perjalanan ini walaupun singkat tetapi keadaan sekeliling di bawah bukit dan di atas bukit dah habis ditebang. Memang jalan ni dah beratus kali saya ulang alik tapi tak sempat nak ambil gambar. Dulu kawasan ni dah digazetkan sebagai kawasan hutan simpan dan pernah suatu ketika dahulu berkhemah dengan unit amal. Terdapat laluan air untuk mandi manda dan melepaskan lelah.
Apabila tanya orang kampung, mereka juga menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pembangunan yang langsung tidak menjaga alam sekitar. Kerajaan Tok Mat kata, dulu masa Mat Isa jadi MB, kawasan ni dah diluluskan untuk pembangunan. Tapi kalau dulu kerajaan Mat Isa nak swastakan JBA, kerajaan Tok Mat boleh batalkan dan membayar saman, tak kan kerajaan Tok Mat tak boleh batalkan projek ni kot.

Saya pernah komplen kat Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, depa kata tak perlu laporan EIA sebab kurang dari 50 hektar. Jadi Ketua Pengarah, Dato Hajah Rosnani kena bertanggungjawablah kalau sesuatu berlaku. Sebenarnya, Dato Hajah, Ketua Pengarah JAS mempunyai kuasa mengarahkan kajian EIA dilakukan walaupun projek itu hanya melibatkan kawasan yang kurang dari 50 hektar.
Dan sekarang isu tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan jadi isu antarabangsa. Dah sampai ke Mekah Al-Mukaramah, sampai jemaah haji di sana pun buat solat hajat. Pagi ni kat IKIM.FM pun ramai yang berpendapat bahawa kejadian tanah runtuh ni adalah akibat tangan-tangan manusia yang rakus yang cuba mengaut keuntungan. Kalau kita ni memang tak mampu nak beli. Mangsa-mangsa kejadian terdiri golongan datuk, doktor, akauntan, artis dan amat malang setiausaha sulit PM pun duduk kat situ. Jadi PM kena nasihatkanlah pegawai-pegawai beliau supaya duduk sama dalam taman macam kita ni dan lihat sendiri masalah masyarakat yang tertekan dan dihimpit kemiskinan. Ni duduk atas bukit yang jauh dari masyarakat berkawan dengan spesis monyet dan khinzir hutan. PM dan TPM pun pandai keluar kenyataan bahawa tapak projek di lereng bukit kena dihentikan. Itu kat Bukit Antarabangsa ke ataupun seluruh Malaysia.
Kat Negeri Sembilan ni dah banyak projek yang melibatkan bukit untuk diambil balak, pasir, batu granit dsb seperti di kawasan hutan Lenggeng, jalan Jelebu, jalan Kuala Pilah, sebelah kiri Lebuhraya dekat Nilai. Kalau ada pengawalan, ianya mendatangkan hasil untuk negeri, bukan untuk suku sakat tertentu sahaja.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home